Posts tagged ‘yang’

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

9 PERKARA YANG TAK BOLEH LELAKI DENGAR!!!

Bukan sng nak bina hubungan yg bahagia.byk yg korang mesti buat.termasuk dlm bende ni adalah soal apa yg harus dan tidak harus diciterkan kat pasangan korang.bende ni semua akan menyusahkan diri org jugak

korang bace sendiri kat bawak ni:

1.jgn cerite ttg lelaki lain yg dalam diam-diam mencintai korang.

2.membenci ibunye.mmg lelaki pantang.

3.cerite ttg kecurangan yg korang buat belakang lelaki tu.

4.jgn jugak cerite ttg keburukan kawan baik lelaki tu.kawan tu penting bagi mereka
.
5.jgn membanding2kan dia dulu dgn skrg,lg-lg ttg kegagahannyer.buruk padanyer.

6.jgn buat dier patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan.sebaliknyer cubela bantu.

7.bercerai.mmg satu perkataan yg lelaki takleh dengar.elokla dhindarkan.

8.kalau anda pendapatan melebihinya.jgn la nak diperbesarkan.bende tu akan menyinggung perasaan dier.

9.bile jumper ngan teman lelaki lamer.takpayah la terlalu ghairah dan takyah la diceritakan perasaan tu kat dier.bender tu bkn lamer.

25 PERKARA YANG TIDAK DISUKAI SUAMI

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak.
Walaupun ianya benar
ie. “hubby i tu kan kan ..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla ”

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan
selalu dimasa yang salah.
ie. “hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak cakap..malam
nih kita masak sardine jer ..ok tak ”

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
ie. “kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat atas
shelf mana satu..”

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak
dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
ie. “bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan..”

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa- apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok ”
ie. “eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong
simpan …”

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari
opis, sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
ie. “bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak
….boleh singgah tak mana mana ..pleaze ”

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila
menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan
suami.
ie. “saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli susu pekat dan gula pasir … kan lain tu”

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan
suami terlebih dahulu
ie. “i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik minah,
you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? ”

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami.
ie. “screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar jadi
gambar bunga ros…”

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber…ber….
ie. ” pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .”

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin
suami.
ie. “malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby
dia orang outstation, ok kan kan kan ”

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik
lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap
serupa mayat dirumah… tapi cukup segak dan cun bila nak keluar
rumah.
ie. “..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer, kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang ..”

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila
nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. ” sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena pilih
betul betul ..”

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih
untuk dipakai dihari berkenaan.
>ie. ” eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak ke
baju basah tu..”

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
>ie. “..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak
tinggal rumah kawan dia tu seminggu..”

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap
bila nak dekat asar sahaja.
ie. “,,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan mana
pun..”

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
ie. “..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih..” nie utk yang muslim jer

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie. “pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan
liverpool, mari tolong saya potong ayam nih..”

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada
suami untuk bercerita jugak.
ie. ” u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then lagi u tak tak …then today.. then tadi..u tau tak…semalam u nak
tau….bla bla bla bla.”

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil
dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
ie.. ” i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan sekarang
dah …bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla…ini semua salah you ”

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
ie.. ” eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti nih…betina mana pulak awak nak nih…”

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
ie. “..eee u tau tak hubby i tu…”

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan..
ie. “..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak
pasembor…i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore ..”

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie. “..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah rosak..”

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang
munasabah.
ie. “..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu then
nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan pakain
dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak
menuai sekali…..”

Kepada semua isteri2 dan bakal isteri tu pandai2 la ambik hati suami,:love:

Iman Ar-Raudhah

  • Get cash from your website. Sign up as affiliate.