Kejujuran bererti sebuah keikhlasan Kejujuran bererti sebuah kesetiaan Kejujuran bererti sebuah pengorbanan Pengorbanan yang terlalu sukar untuk dimengertikan Kejujuran, Kejujuran bermakna sebuah kezaliman Kejujuran bermakna sebuah kekejaman Kejujuran bermakna sebuah pendustaan Pendustaan yang semakin liar menusuk ke dalam kehidupan Kejujuran, Kejujuran ibaratkan sebuah irama dialunkan Kejujuran ibaratkan sebuah lagi dinadakan Kejujuran ibarat sebuah watak di pentaskan Dipentaskan di atas pementasan wayang kehidupan Kejujuran, Kejujuran sungguh banyak pengertian Kejujuran terlalu indah untuk diperkatakan Kejujuran mungkin keliru bila difikirkan Tetapi apakah kita faham akan definasi sebenar kejujuran? Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya