Pimpinlah wanita kesayangan selayaknya..mmg rahmat Tuhan akan mengiringi..

Wanita : Akal Senipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa
wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang
yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh
Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana
nantinya mereka semakin
liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana
nantinya mereka akan
semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di
situlah punca kekuatan
dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman…
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya…
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab…
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan
suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah… sebaliknya di situlah
kasih dan sayang
Allah…

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. ..
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan
menghiburkan. ..
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan
lurus…
Bahkan akan semakin membengkok.. .
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya…

Bila wanita menjadi derhaka… pasti dunia lelaki akan
menjadi huru hara….

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan
semata-mata. ..
Tapi binalah kepimpinan.. .
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri
kepadanya…
Jinakkan diri kepada Allah…
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah
pimpinanmu.. .
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah