Ayam Lemak Kuning

Bahan:

  • 1 kg ayam, dipotong 12 keping
  • 3 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 15 biji cili padi dikisar
  • 3 batang serai, dititik
  • 10 biji bawang kecil, dikisar
  • 5 biji bawang putih, dikisar
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam,

·  3 biji ubi kentang, dipotong dadu

Cara membuatnya:

1. Panaskan periuk dan masukkan santan cair, barang yang dikisar serta serbuk kunyit.
2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam keping, serai dan ubi kentang.
3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila ayam dan ubi kentang masak, boleh diangkat untuk hidangkan.