biar kepahitan itu pergi. agar kemanisan mengisi.
biarkan kekecewaan berlalu. agar kegembiraan mewarnai.
biarkan kegelisahan lenyap. jangan kita hilang semangat.
biar penderitaan itu menyapa. agar kekuatan kita jana semula.
biarkanlah diri ini derita. agar aku tahu kepahitan derita ini.
agar aku sedar kesengsaraan ini.
tak sama bahkan hanya secebis.
dari penderitaan Rasulullah S.A.W.
Tuhan sesekali tidak menzalami hamba-Nya.
tapi manusia yg menzalami diri mereka sendiri.
cahaya kelam pahala dosa.
walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu.
namun peluang dari-Nya sentiasa ada.
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi.
diturunkan ad-din memperhalusi akal.
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak.
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti.
menjadi sebaik-baik umat. tunduk sebagai hamba.
berjalan sebagai khalifah.
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “iman”.
menyemai sepohon “taqwa”.
agar dapat berteduh dari kepanasan “nafsu”.
agar dapat berlindung dari angin hasutan “syaitan”.
dalam mencari “KEREDAHAAN ALLAH SWT”